Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 16, 2012

Pray For Gaza...

terpanggil untuk buat entri ini kerana 2 perkara... satu kerana melihat gambar ini...


ini adalah gambar budak yang dalam kiraan saya dalam lingkungan 4 - 5 tahun yang menjadi sasaran bedilan peluru Zionis... melihat gambar ni, serius air mata menitik... menbayangkan andai dia adalah sanak saudara saya... entah bagaimana perasaan ibunya, saya sendiri tidak pasti... 

sesungguhnya mereka sangat kejam... sangat kejam... sangat kejam... saya mendoakan moga Allah memberi mereka balasan yang setimpalnya... saya mendoakan moga Allah turunkan bala kepada mereka... sesungguhnya mereka tidak layak didoakan untuk hidayah lagi...

doa saya juga moga warga Palestin tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup... moga mereka terus yakin dengan janji Allah...

sesungguhnya saat ini saya insaf... dugaan yang saya dan kita hadapi di sini hanyalah sekelumit andai nak di bandingkan dengan dugaan yang mereka tempuhi di sana... sesungguhnya kita harus malu dengan iman mereka... diuji hebat, namun tidak menyalahkan takdir Allah untuk semua ini...

sebab kedua adalah... kerana entri seorang sahabat (ex schoolmate) saya dahulu...

bunyinya begini...

"France mengutuk sekeras-kerasnya tindak biadab zionis... begitu juga dgn mesir,rusia,malaysia,liga arab,eropah,benua2... kutuk... kutuk... kutuk... setakat kutuk je la smpai bila-bila"

yep... saya bersetuju dengan status beliau... betul... setakat kutuk sahajalah yang kita mampu lakukan... mungkin sebenarnya sahabat saya ini mengharap negara2 ini termasuk Malaysia mengambil tindakan yang lebih besar... seperti menghantar tentera atau menyumbang bom kepada Palestin... 

sebab menurut komen beliau, setakat kutukan itu semua tidak mendatangkan kesan kepada zionis pun... yup saya setuju sekali lagi... 

tp ada juga bahagian yang saya kurang setuju... actually, selain daripada mempersoalkan apa yang orang lain sudah buat... lebih baik kita persoalkan apa yang kita sudah buat... itu lebih baik... dari menyalahkan tindakan orang lain, lebih baik kita fikir, pernah tak sesaat kita mendoakan mereka disana? Alhamdulillah andai pernah, dan silalah mula berdoa kepada mereka mulai saat ini... bukan sahaja kepada mereka, malah kepada sahabat2 di Syiria, Burma dan Somalia... sebab sebenarnya mereka juga sama seperti di Gaza...

pernah tak kita berfikir untuk memboikot apa2 produk yang kita rasakan menyumbang kepada pembangunan Zionis? yep, serius saya sendiri juga kadang2 tersasar... sebab mereka merupakan penyumbang terbesar dalam industri... insyaAllah kita cuba!!!

and pernah tak kita berfikir untuk menyumbang kewangan dan tenaga kepada mereka? yup, dulu saya selalu berfikir, kenapa perlu nak menderma kepada mereka, sedangkan yang ada di dalam negara pun belum terjaga... tetapi saya terpanggil dengan mendengar satu ucapan daripada seorang sahabat seagama yang datang untuk mempromosikan AMAN PALESTIN di sekolah... ucapannya menyedarkan saya... 

"bolehkan kita menyuap nasi dan makan kenyang, sedangkan kita tahu ada sahabat seagama kita yang mungkin tidak pernah merasa kenyang dalam hidup mereka"

"bolehkah kita tidur dengan lena dan nyenyak... sedangkan kita tahu ada sahabat seagama kita yang mungkin tidak pernah merasa tidur yang nyenyak sepanjang hidup mereka"

yer... betul... kita mungkin jauh... tapi kita boleh menyumbang... kewangan dan tenaga... InsyaAllah... banyak saluran yang boleh kita buat... menyumbang ke tabung AMAN PALESTIN, mendaftar menjadi sukarela AMAN PALESTIN dan BERDOA...

insyaAllah... lakukanlah apa yang kita mampu... sebagaimana maksud hadis...

"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"

kita tidak mampu nak ke sana atau mungkin sebenarnya kita tidak berani untuk kesana (saya akui saya memang tidak berani), kita juga tidak mampu menegur dengan lidah kerana kita bukan sesiapa untuk menasihati mereka (zionis), hanya yang kita mampu adalah dengan menggunakan hati... berdoa moga Allah berikan kekuatan kepada sahabat2 kita di sana... berdoa moga Allah memberi balasan yang setimpal kepada Israil yang kejam itu...

insyaAllah, sama2 kita lakukan perubahan... Ingat mengingati sebab saya juga manusia yang mudah lupa... =)

p/s: laman web AMAN PALESTIN... boleh klik DISINI...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

2 comments:

nik ros said...

Pray for Gaza
moga Allah lindungi mereka

Liza said...

Moga mereka dilindungi Allah... Lets boikot Israel product!!