Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Rasa Rasa Yang Sukar Dilafazkan Oleh Lidah

Assalamualaikum... Alhamdulillah sudah sampai ke kampung semula semalam, walaupun sebenarnya hari ini saya ponteng mesyuarat... maafkan saya... bukan tidak mahu attend, cuma saya menyimpan semangat saya untuk tahun hadapan... hadir meeting banyak2, dengar itu ini, mengadap orang yang sama hari2 buat saya cepat bosan, jadi biarlah... urusan tahun depan, kita mulakan tahun hadapan... =)

sekarang, saya nak menghabiskan sisa2 cuti saya... =)

rabu minggu hadapan sudah mula kelas, sudah mula mengajar dan sudah mula tuisyen... ahhhhaaa... yep, 360 darjah akan berubah....saya sudah menyusun atur jadual saya dari waktu sekolah hinggalah ke selepas sekolah... wahhh setiap hari saya, selepas sekolah penuh dengan aktiviti...

31 Disember 2012...

setelah sekian lama berhenti, saya sambung disini lagi... bukan mudah untuk menulis entri ini... perlukan kekuatan jiwa dan kekuatan mental... termasuk juga kekuatan jari untuk mengetuk keypad ni... =)

seminggu sudah berlalu... banyak yang berubah... balik dari KL tempoh hari, tros pegi ke kedai perabot beli tilam untuk bapak dan beli almari baru... yeah, saya sangat teruja... selepas ini hati saya akan selalu ada di kampung walaupun mungkin akan menghadapi hari2 sukar... =)

banyak yang rancangan untuk tahun 2013, mohon Allah beri saya kekuatan dan kesihatan yang baik, untuk saya realisasikan segalanya... =)

banyak yang berlaku tahun 2012... insyaAllah semuanya akan terpahat dalam ingatan... teringat memori 23 Disember 2012... kisah yang cukup mengharukan...

kek yang kononnya di "kirim" untuk kawan itu rupanya adalah kejutan adeq untuk saya... TERIMA KASIH kalian (Rabitah dan Adiba), TERIMA KASIH adeq... setiap kali memikirkannya... air mata mesti menitis... terharu...

actually entri ini more untuk adeq... tapi tak tau la mesej asal yang nak disampaikan ni, sampai ke tidak saya juga tidak pasti... bukan tidak mahu meluahkan... tapi bak tajuk entri ini... rasa2 dan kata2 utk cukup sukar untuk dilafazkan...

teringat perbualan dalam kereta jumaat malam waktu kita nak ke Jakel... awak tanya saya:

"awak suka tak saya nak kawen?"

and saya tanya awak balik "kalau saya tak suka, awak tak nak kawen ke?"

awak diam... =) sebenarnya banyak benda dalam hati dan fikiran saya nak saya sampaikan waktu tu... cuma kalau itu semua keluar dari mulut saya... comfirm air mata saya sekali akan keluar... tak tau la kenapa... dulu saya cukup "keras" dalam menghadapi isu2 ni semua... tapi lately ni saya tak cukup "keras" nak berhadapan dengan semua ni...

mungkin lepas ni nak kena pi ber"guru" dengan Ngah Aa... =)

dalam hati saya tak pernah timbul rasa dengki atau cemburu sebab mungkin awak akan mendahului say adalam urusan2 jodoh ni semua... malah saya rasa gembira, sebab awak gembira... mana mungkin say anak benci dan tidak suka dengan kebahagiaan satu2nya adik yang saya ada... awak tau kan macam mana saya sayang awak masa kita kecik2 dulu...

macam tu juga sayang saya pada awak... tak dak beza sikit pun... cuma mungkin bila kita semua dah besaq2 kita dah tak tunjuk rasa kasih kita macam dulu2...

cuma kadang2 saya tertekan... tertekan dengan persekitaran yang tak boleh nak terima hakikat "melangkah bendul" tu... saya tak dak jawapan bila di asak dengan persoalan "adik sudah, kakak bila lagi?"

soalan itu yang buat saya mudah menangis... ye saya tau... saya kena SABAR... saya kena KUAT... tapi kalau awak sendiri duduk kat tempat saya... boleh ke awak BERSABAR dan KUAT...

sebab tu, saya nak awak tau awal... saya sayang awak... saya gembira kalau awak gembira... saya bahagia kalau awak gembira... walaupun wajah saya nanti tak semanis mana masa waktu awak gembira... sebab saya juga perlu jaga hati saya sama macam awak jaga hati awak... itu yang saya nak awak faham...

insyaAllah, dalam hati saya masih KUAT nak hadapi semua tu... hehehe... doakan saya terus kuat... saya doakan Allah mudah urusan awak... jangan risau... semua tu adalah perancangan Allah... untuk saya dan untuk awak... saya yakin iman awak lebih hebat dari saya... Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya... =)

satu je yang saya nak awak tau... SAYA SAYANG AWAK, walaupun apa pun yang terjadi... =)



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Wednesday, December 19, 2012

~~Selamat Ulang Tahun Sayang~~



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Azniwati sayang... SELAMAT HARI LAHIR...

"ya Allah, moga inilah permulaan yang terbaik... mohon Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi jalan2 kehidupan pada masa hadapan... 

Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan dan ketabahan untuk hamba istiqamah berusaha menjadi hambaMu yang solehah... 

Ya Allah, hamba mohon diberikan kesedaran dan kesabaran untuk menjadi anak yang solehah pada mak dan bapak...

Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan dan kesabaran untuk istiqamah, menjalankan amanah mendidik anak bangsa...

Ya Allah, berikanlah hamba jodoh yang baik, berikanlah suami yang boleh membimbing hamba dan membawa hamba ke syurga... hamba redha dan hamba yakin dengan janjiMu bahawa setiap manusia di lahirkan berpasang2an...

Ya Allah, hamba mohon padaMu, jadikanlah hamba manusia yang kuat menghadapi ujian, tabah menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa dengan rahmatMu dan tidak mudah mengalah sepanjang perjalanan hidup hamba...

Ya Allah, sesungguhnya hamba bersyukur dengan segala nikmat rezeki, agama dan kebahagiaan yang telah Kau berikan selama ini... ya Allah, berikanlah hamba keredhaan untuk setiap rezeki hamba, setiap helaan nafas hamba dan setiap langkah tindakan hamba...

amin ya rabbal 'alamin...

29 tahun... Azam 29 tahun dan azam tahun baru...

1. nak jadi muslimah, nak cuba untuk tidak tinggal solat dan nak cuba untuk tambah sedikit demi sedikit amalan sunat... 
2. nak jadi cikgu yang baik... saya nak amalkan teknik mendidik gaya nabi... saya nak kurang marah dan lebihkan senyum
3. nak jadi perkerja yang baik, tidak bertangguh kerja dan menjadi rakan sekerja yang menyenangkan
4. nak tambah ilmu dan skills (saya nak kuasai quilling technique dan nak belaja rmenjahit blouse sendiri)
5. saya nak ubah imej diri menjadi lebih baik... =)


readers, doakanlah saya... saya tidak menetapkan target mesti mencapai azam ini pada hijung tahun 2013, tapi insyaALLAH saya akan berusaha... perubahan memerlukan masa dan kita tidak boleh meletakkan target untuk manusia berubah... doakan saya yer...




"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Tuesday, December 18, 2012

Mood Bekerja Sudah Mari

Assalamualaikum...

hari ni meeting pertama... banyak yang di perkatakan... tapi entah la... saya rasa mcm sama sahaja semuanya dari tahun2 yang lepas... hehe...

mungkin saya perlu ubah nawaitu saya dan persepsi saya...

hari ini, seperti tahun2 sudah, bila dapat buku pengurusan sekolah, tros belek dari kulit ke kulit, mencari nama dimana berada... hehe

ada 7 tempat dimana nama saya berada... dan Maha Suci Allah, cukup berat tanggungjawab yang diamanahkan untuk saya...

1. Bendahari kelab staf (saya sukarela mohon, tapi berharap cuma jawatan AJK sahaja)

2. Penolong Ketua Panitia Sains (Alhamdulillah, saya bekerja dengan Ketua Panitia yang baik... )

3. Guru tingkatan 3 Restu (bukan la kelas yang baik, dan bukan juga kelas yang hujung, cuma berharap sangat skali skala dapat kelas hadapan, tapi saya tahu, tidak ramai orang boleh mengawal kelas belakang... Alhamdulillah, saya insan terpilih... =) )

4. Ketua Pengakap (ingat lagi entri lepas tentang PPG-21, rupanya jodoh antara kami cukup kuat, tapi sebenarnya saya sudah tidak ada hati lagi dengan PPG-21... sungguh, dah tawar hati dengan organisasi ini... tapi saya harus positif, mungkin ada hikmah )

5. Penolong Ketua Guru Rumah Sukan... (erm ini adalah petanda bahawa tahun depan saya adalah ketua guru rumah sukan.. hehehe... tapi kak erda (ketua tahun ini) bagus kerjanya... )

6. Penolong Ketua Disiplin 1 (jawatan yang saya pegang sejak tahun 2011, kiranya jawatan tu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya... =) )

7. Ketua Guru Penasihat KPJ (ini juga... jawatan yang saya dah pegang dari tahun 2008 )

itulah jawatan2 nya... nak berbangga tidak la... saya lebih suka kalau andainya sesiapa yang menawarkan diri mahu mengambil jawatan saya... sebab 7 jawatan ini cukup berat... saya kenal diri saya... saya bukan seorang yang cekap, kerja saya bertangguh, saya mudah melenting... walaupun saya nak cuba ubah diri saya... tapi saya takut saya gagal bila saya stress...

tapi setakat hari ini, saya sudah mohon agar jawatan saya dikurangkan... keluarkan 1 atau 2 bagi pada orang lain yang lebih berkelayakan... 

kita bukan nak hitung kuantiti tugas yang kita dapat, tapi kita nak lihat kualitinya... nak tengok hasil akhirnya... pegang banyak2 jawatan mcm ni pun, kalau sudahnya terburai entah ke mana tak guna juga... itu yang saya takutkan...

tapi saya harus positif, buang sikap pesimistik... andai permohon utk kurangkan jawatan saya tidak berjaya, saya harus pegang jawatan itu sampai sudah... jadi saya harus bersedia, bersedia untuk berubah, bersedia untuk sentiasa bermotivasi dan bersedia untuk memikul tanggungjawab ini semua... 

sahabat2... doakan saya ye... =)


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Friday, December 14, 2012

Gagal...

Malaysia gagal ke final semalam... tak apa... bukan rezeki... Allah memberi sesuai dengan kemampuan... Allah sedang menguji kita dengan kegagalan... mungkin, ada hikmahnya kita tidak ke final... semua itu adalah rahsia Allah paling agung... tak ada siapa yang tahu, tak ada siapa yang layak mempersoalkan...

terima dengan redha... sebab kekalahan cuma alasan, alasan untuk nampak seperti kita tidak bersalah... seperti orang lain yang perlu bertanggungjawab... sebab tu saya katakan sebab hanya sebagai alasan...

yang penting... Harimau Malaya muhasabah diri, bahagian mana perlu diperkemaskan... dan bahagian mana yang perlu dimantapkan... insyaAllah, kalau ia sudah tertulis menjadi milik kita... rezeki itu tidak akan mampu di halang oleh mana2 manusia sekalipun...

kita dah berusaha... cuma bukan rezeki kita lagi... 

p/s: cuma, saya agak kecewa dengan Fadhli Shas... sebab saat kad kuning kedua dilayangkan... kamera menghala tepat padanya... dan ramai penonton boleh membaca gerak bibirnya yang menyatakan sesuatu yang kurang sopan... itu perlu diperbaiki... 


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Thursday, December 13, 2012

PPG 21 dan Harimau Malaya

Assalamualaikum...

melihat Harimau Malaya beraksi... teringat kembali sewaktu tahun 2009, di kala kegemilangan PPG 21... hingga ke peringkat negeri... sungguh... ada persamaan antara 2 pasukan ini, walaupun perbezaannya bagai langit dan bumi...

kedua2nya bermula dengan zero... dulu, PPG 21 sangat digeruni... tapi lama kelamaan senyap menyepi... sama dengan Harimau Malaya... yang dahulunya tahun 70-an sangat hebat... tapi akhirnya senyap... tapi akhirnya muncul juara...

melihat Harimau Malaya menang... saya selalu teringat PPG-21... sebab ada satu persamaan antara kedua2 pasukan ini... iaitu kuci kejayaan mereka...

PPG-21 tidak hebat, tapi tahun 2009, mereka tiba2 muncul juara... dan setiap pertandingan selepas itu, kami menang... kenapa?

sebab kami bekerjasama... sebenarnya bukan kami... tapi mereka... mereka bekerjasama... semangat kekitaan mereka cukup hebat... tua, muda, senior, junior semua hormat antara satu sama lain... semangat sepasukan mereka cukup kuat... hampir menitis air mata, setiap kali pertandingan, apabila melihat mereka saling sayang menyayangi...

sungguh... PPG-21 2009, memang sangat bekerjasama.. sangat kuat kerana semangat KERJASAMA...

sama dengan harimau malaya... mereka bekerjasama untuk berjaya... semangat sepasukan mereka cukup kuat... dan mereka punya ketua yang hebat, Dato' Raja yang mampu menyatukan mereka... saya kagum dengan Dato' Raja sebab mampu menjadikan semua ahli dalam pasukan ini sebagai satu keluarga... 

sebenarnya PPG-21, Harimau Malaya atau mana2 pasukan pun... setiap antara mereka sudah punya skill, sudah punya pengetahuan dalam bidang mereka... tetapi skill dan pengalaman tidak akan dapat disatukan sekiranya pasukan tersebut tidak bekerjasama... perlu bersatu dan bekerjasama sebab:

kerjasama akan melindungi kesalahan2 kecil yang dilakukan oleh ahli pasukan...

kerjasama akan menjadikan hati2 kita satu...

kerjasama akan menjadikan kita satu keluarga yang tidak berkira dengan hal2 kecil

kerjasama akan memudahkan kita menerima teguran daripada ahli dalam pasukan

kerjasama akan dapat membuatkan cabaran besar menjadi kecil dan ringan

tapi PPG-21 hari ini tak sama dengan PPG-21 dulu... entah, saya tidak pasti dimanakah silapnya... mungkin perlukan seseorang untuk menyatukan hati2 dalam PPG-21 seperti dulu... tapi yang pasti orang itu bukan lagi saya, sebab saya sudah tidak cukup kuat untuk itu... doa saya moga tahun 2013, PPG-21 akan kembali gemilang dan lebih berjaya daripada tahun 2009...

doa saya juga moga Harimau Malaya menang malam ini dengan semangat KERJASAMA antara mereka... doa saya juga moga Harimau Malaya akan terus BEKERJASAMA dalam SATU pasukan selamanya...

ini adalah pagi sewaktu kami nak ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah...


ini pulak sudah bersedia nak ke sana... dah siap complete beruniform...


setelah menang di SMK Hillcrest, kami ke peringkat unit beruniform pula di SMK Seri Kundang... lihat, betapa sweetnya situasi ini... sebelah kiri adalah Syameer, tingkatan 5 antara orang kuat dalam PPG-21 sedang membetulkan wogel Aiman Syahmi, waktu ni tingkatan 3...


setiap antara mereka saling membetulkan uniform masing2... sungguh, saya rindu saat ini... kerana KERJASAMA inilah kami menang di Seri Kundang, dan layak ke peringkat negeri...


ini pulak, di Penjara Kajang... kami bertempur untuk peringkat negeri... Ikhwan, Azroy (kalau tak salah saya) dan Syameer berkongsi sarapan pagi...


 kerana ukhwah ini, kami mendapat tempat kedua... walaupun tidak berjaya ke peringkat kebangsaan, tapi saya cukup bangga dengan mereka...

ini pula Zakaria Salam... komandan ketika itu... suara dia kuat, macam petir, hingga layak di anugerahkan sebagai komandan terbaik peringkat unit uniform... ada entri khas untuk dia, dua entri sebenarnya... dalam tahun 2009 tu saya tulis untuk dia... =)

P/S: ya Allah, kembalikanlah ukhwah ini ke dalam PPG-21... moga mereka lebih erat daripada sebelumnya... walaupun kebanyakan daripada kami telah meninggalkan PPG-21...

Ya Allah, berikanlah juga kemenangan kepada pasukan Malaysia malam ini, dan malam mereka layak ke Final nanti atas UKHWAH yang telah mereka satukan... 



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Tuesday, December 11, 2012

AZAM 2013

ASSALAMUALAIKUM...

buat pertama kalinya dalam hidup, saya cuba untuk berazam... entah, tidak ingat bila kali terakhir saya berazam... tapi seperti kebanyakan orang... azam saya hanya tinggal azam...

sebab tu, saya sudah berhenti berazam dan meletakkan target untuk sesuatu dalam kehidupan saya... sebab saya takut, kalau azam dan target saya tak kesampaian, saya akan kecewa...

tapi entah... tiba2 hati teringin nak buat azam... tp kali ini, banyak azam yang saya cuba nak senaraikan... dan saya juga tidak meletakkan target bila nak diselesaikan atau bila perlu capai... sebab saya tahu kemampuan saya dan kekangan2 yang saya akan hadapi... tapi insyaAllah saya akan cuba untuk merealisasikan impian dan target saya...

oke... list dibawah adalah azam 2013 saya:

1. nak jadi muslimah... (yang ini yang utama, dan agak payah... doakan saya diberikan kekuatan untuk istiqamah)
2. nak belajar dan praktikkan lilit2 tudung dan nak pakai tudung lilit2 (doakan saya diberi keyakinan dan kerajinan... =) )
3. nak belajar menjahit blouse sendiri... (doakan saya diberi kelapangan)
4. nak belajar menguasai teknik Quilling, saja untuk mengisi masa lapang...
5. nak ubah imej diri menjadi lebih baik... hehehehe
6. nak jadi cikgu yang baik, yang kurang marah dan mudah tersenyum... =)
7. nak apply teknik2 yang dah saya belajar dalam mendorong murid corot menggunakan teknik nabi
8. nak cuba jadi pekerja yang baik, yang tidak bertangguh kerja dan cuba menjadi pekerja yang cekap

readers... doakan saya mampu mengubah diri saya menjadi lebih baik... insyaAllah...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Sunday, December 9, 2012

Azni... Hidup Bukan Untuk Derita...


jangan dikenang kalau engkau seorang
jangan diingat kalau engkau termenung
mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang
tiada siapa akan menolong
lupakan sudah kisah yang telah lalu
jangan diikut kata hatimu sayang
apalah guna duduk bersedih pilu
cari hburan sambil berdendang

hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka

dunia kita luas indah terbentang
pilihkah satu jalan yang kau sukai
asalkan imanmu tidak bergoncang
semoga tuhan akan memberkati

hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka
dunia kita luas indah terbentang
pilihkah satu jalan yang kau sukai
asalkan imanmu tidak bergoncang
semoga tuhan akan memberkati
semoga tuhan akan memberkati

Azni... hidup bukan untuk derita... tabahkan hati dan kuatkan jiwa... jangan mudah persoalkan kenapa dan mengapa Allah takdirkan semua ini berlaku... sebab bukan kuasa kita manusia biasa untuk mempertikaikan kuasa Allah... segala yang diberi oleh Allah itu, diberi dengan penuh hikmah... dan segala yang tidak diberi olehNya juga, tidak diberi dengan penuh hikmah...

mungkin yang baik bagi kita, tidak mulia pada pandangan Allah... jadi... tabahkan hati wahai azni... hidup bukan untuk derita... terbanglah... pergilah mencari kebahagiaanmu... terbanglah dan  pergilah mencari kegembiraanmu... dan ingatlah Allah sentiasa bersamamu... 

kuatkan jiwa dan tabahkan hati... jangan salahkan sesiapa atas segalanya... sebab itu takdir Allah... 

Ya Allah... hambaMu cukup lemah dengan ujian ini... mudah air mata mengalir bila memikirkannya... berikanlah hamba kekuatan dan berikanlah hamba petunjuk untuk menghadapi segalanya... 

Ya Allah... hamba berusaha untuk redha... hamba berusaha untuk tidak persoalkan segalanya... sebab hamba tahu apa yang Engkau takdirkan untuk hamba, itulah yang terbaik... cuma, hamba cukup lemah bila berhadapan dengan manusia yang lagaknya seperti tidak belajar agama... mereka seolah2 tidak percaya pada qada' dan qadar mu bahawa jodoh, ajal dan rezeki adalah milikMu... berikanlah hamba kekuatan menghadapi manusia2 begini dengan penuh hikmah...

Ya Allah... saat ini, hamba rasa cukup lemah... hamba tidak mampu menghadapinya... hamba rasa seperti hamba keseorangan... berikanlah hamba kekuatan untuk menghadapi segala ujian ini... 



******************************************



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Wednesday, December 5, 2012

Berubah Cukup Payah

Assalamualaikum... tajuk entri hari ini sebenarnya telah diulang2 berkali2... entah kali keberapa saya tidak pasti... namun, tajuk entri ini adalah tentang diri saya... ya!!! saya manusia yang cukup payah untuk berubah walaupun sebenarnya dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu... saya berazam, saya berusaha dan saya masih gagal...

macam2 cara saya cuba lakukan untuk berubah... tapi maish belum berjaya... mungkin usaha saya belum cukup...

banyak yang ingin saya ubah... banyak yang saya tak kena dengan saya... namun saya tidak pasti apakah cara yang berkesan...

saya berusaha untuk memperkemaskan dan menyempurnakan solat saya... saya akui saya kadang2 ada meninggalkannya... namun kadang2 saya ambil mudah urusan ini... saya cuba untuk berusaha lebih... lebih fokus, lebih khusyuk, tapi kadang2 usaha saya menjadi hangat2 tahi ayam... nanti tiba masa saya lalai lagi...

saya berusaha untuk menjadi orang yang kurang bercakap, sebab saya tahu dengan perangai saya yang banyak bercakap ni, saya banyak mengeluarkan kata2 yang menyebabkan orang berkecil hati dengan saya... tapi sifat saya ini susah untuk dibuang... bila ada saja topik yang dibincangkan, saya mesti rasa nak menyampuk... and bila menyampuk, saya kadang2 terlepas cakap...

saya berusaha nak banyakkan bersedekah... saya cuba bersikap murah hati... tapi kadang2 saya prejudis kepada mereka2 yang meminta2... kadang2 saya menjadi sangat kedekut... saya takut saya tidak cukup untuk keperluan saya... saya lupa pada ungkapan bahawa semakin kita memberi semakin rezeki kita bertambah...

banyak la sebenarnya yang saya cuba untuk memperbaiki diri saya... saya mohon semoga Allah tetap beri saya kekuatan dan kesedaran untuk sentiasa nak berubah... insyaAllah.. 

jiwa saya berubah2... kadang2 saya positif... kadang2 saya pesimistik sangat... 

tapi cuti ini, saya berpeluang mengenali manusia2 hebat yang berusaha untuk menghidupkan dan mengamalkan sunnah rasulullah... saya terpanggil untuk turut serta... dalam hati ada azam dan doa... moga ini bukan hanya untuk sementara... ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk istiqamah...

insyaAllah sebagai permulaan, saya cuba untuk mengaplikasikan dalam kehidupan harian dan dalam kelas yang akan saya ajar pada tahun hadapan... saya cuba untuk aplikasikan teknik mendorong pelajar corot gaya nabi Muhammad... moga saya diberi kesabaran yang kuat dalam mendidik anak2 bangsa ini... 


readers semua doakan saya istiqamah dalam mengaplikasikan sunnah rasulullah untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik... =)




"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Saturday, December 1, 2012

SELAMAT BERGRADUAT



esok, tanggal 2 Disember... sepatutnya saya berada di UITM Shah Alam utk menghadiri majlis konvokesyen salah seorang insan yang bermakna dalam hidup...

apakan daya kita merancang, namun Allah menentukan... mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana tidak dapat menghadirkan diri... saya rasa sangat ralat...

namun doa saya mengiringi kamu... moga kamu mendapat pekerjaan yang lebih baik dari yang ada sekarang... dan moga urusan konvo kamu dipermudahkan... 

menyingkap kembali pertemuan 5 tahun lalu, saya sendiri tidak menyangka bahawa dari murid-guru, kita mampu menjadi sahabat yang close... kamu tahu segala apa yang ada dalam hati saya melebih saudara saya sendiri... 

terima kasih sebab hadir dalam hidup saya... terima kasih sebab sudi menjadi pendengar paling setia... terima kasih sebab sentiasa menjadikan kehidupan saya berwarna warni... 

semoga persahabatan ini berpanjangan, semoga awak bahagia hingga ke syurga... semoga awak berjaya dalam kehidupan awak...


NUR RABITAH NAQSA... SELAMAT BERGRADUAT!!!


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"