Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 11, 2012

AZAM 2013

ASSALAMUALAIKUM...

buat pertama kalinya dalam hidup, saya cuba untuk berazam... entah, tidak ingat bila kali terakhir saya berazam... tapi seperti kebanyakan orang... azam saya hanya tinggal azam...

sebab tu, saya sudah berhenti berazam dan meletakkan target untuk sesuatu dalam kehidupan saya... sebab saya takut, kalau azam dan target saya tak kesampaian, saya akan kecewa...

tapi entah... tiba2 hati teringin nak buat azam... tp kali ini, banyak azam yang saya cuba nak senaraikan... dan saya juga tidak meletakkan target bila nak diselesaikan atau bila perlu capai... sebab saya tahu kemampuan saya dan kekangan2 yang saya akan hadapi... tapi insyaAllah saya akan cuba untuk merealisasikan impian dan target saya...

oke... list dibawah adalah azam 2013 saya:

1. nak jadi muslimah... (yang ini yang utama, dan agak payah... doakan saya diberikan kekuatan untuk istiqamah)
2. nak belajar dan praktikkan lilit2 tudung dan nak pakai tudung lilit2 (doakan saya diberi keyakinan dan kerajinan... =) )
3. nak belajar menjahit blouse sendiri... (doakan saya diberi kelapangan)
4. nak belajar menguasai teknik Quilling, saja untuk mengisi masa lapang...
5. nak ubah imej diri menjadi lebih baik... hehehehe
6. nak jadi cikgu yang baik, yang kurang marah dan mudah tersenyum... =)
7. nak apply teknik2 yang dah saya belajar dalam mendorong murid corot menggunakan teknik nabi
8. nak cuba jadi pekerja yang baik, yang tidak bertangguh kerja dan cuba menjadi pekerja yang cekap

readers... doakan saya mampu mengubah diri saya menjadi lebih baik... insyaAllah...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: