Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 18, 2012

Mood Bekerja Sudah Mari

Assalamualaikum...

hari ni meeting pertama... banyak yang di perkatakan... tapi entah la... saya rasa mcm sama sahaja semuanya dari tahun2 yang lepas... hehe...

mungkin saya perlu ubah nawaitu saya dan persepsi saya...

hari ini, seperti tahun2 sudah, bila dapat buku pengurusan sekolah, tros belek dari kulit ke kulit, mencari nama dimana berada... hehe

ada 7 tempat dimana nama saya berada... dan Maha Suci Allah, cukup berat tanggungjawab yang diamanahkan untuk saya...

1. Bendahari kelab staf (saya sukarela mohon, tapi berharap cuma jawatan AJK sahaja)

2. Penolong Ketua Panitia Sains (Alhamdulillah, saya bekerja dengan Ketua Panitia yang baik... )

3. Guru tingkatan 3 Restu (bukan la kelas yang baik, dan bukan juga kelas yang hujung, cuma berharap sangat skali skala dapat kelas hadapan, tapi saya tahu, tidak ramai orang boleh mengawal kelas belakang... Alhamdulillah, saya insan terpilih... =) )

4. Ketua Pengakap (ingat lagi entri lepas tentang PPG-21, rupanya jodoh antara kami cukup kuat, tapi sebenarnya saya sudah tidak ada hati lagi dengan PPG-21... sungguh, dah tawar hati dengan organisasi ini... tapi saya harus positif, mungkin ada hikmah )

5. Penolong Ketua Guru Rumah Sukan... (erm ini adalah petanda bahawa tahun depan saya adalah ketua guru rumah sukan.. hehehe... tapi kak erda (ketua tahun ini) bagus kerjanya... )

6. Penolong Ketua Disiplin 1 (jawatan yang saya pegang sejak tahun 2011, kiranya jawatan tu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya... =) )

7. Ketua Guru Penasihat KPJ (ini juga... jawatan yang saya dah pegang dari tahun 2008 )

itulah jawatan2 nya... nak berbangga tidak la... saya lebih suka kalau andainya sesiapa yang menawarkan diri mahu mengambil jawatan saya... sebab 7 jawatan ini cukup berat... saya kenal diri saya... saya bukan seorang yang cekap, kerja saya bertangguh, saya mudah melenting... walaupun saya nak cuba ubah diri saya... tapi saya takut saya gagal bila saya stress...

tapi setakat hari ini, saya sudah mohon agar jawatan saya dikurangkan... keluarkan 1 atau 2 bagi pada orang lain yang lebih berkelayakan... 

kita bukan nak hitung kuantiti tugas yang kita dapat, tapi kita nak lihat kualitinya... nak tengok hasil akhirnya... pegang banyak2 jawatan mcm ni pun, kalau sudahnya terburai entah ke mana tak guna juga... itu yang saya takutkan...

tapi saya harus positif, buang sikap pesimistik... andai permohon utk kurangkan jawatan saya tidak berjaya, saya harus pegang jawatan itu sampai sudah... jadi saya harus bersedia, bersedia untuk berubah, bersedia untuk sentiasa bermotivasi dan bersedia untuk memikul tanggungjawab ini semua... 

sahabat2... doakan saya ye... =)


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: