Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 13, 2012

PPG 21 dan Harimau Malaya

Assalamualaikum...

melihat Harimau Malaya beraksi... teringat kembali sewaktu tahun 2009, di kala kegemilangan PPG 21... hingga ke peringkat negeri... sungguh... ada persamaan antara 2 pasukan ini, walaupun perbezaannya bagai langit dan bumi...

kedua2nya bermula dengan zero... dulu, PPG 21 sangat digeruni... tapi lama kelamaan senyap menyepi... sama dengan Harimau Malaya... yang dahulunya tahun 70-an sangat hebat... tapi akhirnya senyap... tapi akhirnya muncul juara...

melihat Harimau Malaya menang... saya selalu teringat PPG-21... sebab ada satu persamaan antara kedua2 pasukan ini... iaitu kuci kejayaan mereka...

PPG-21 tidak hebat, tapi tahun 2009, mereka tiba2 muncul juara... dan setiap pertandingan selepas itu, kami menang... kenapa?

sebab kami bekerjasama... sebenarnya bukan kami... tapi mereka... mereka bekerjasama... semangat kekitaan mereka cukup hebat... tua, muda, senior, junior semua hormat antara satu sama lain... semangat sepasukan mereka cukup kuat... hampir menitis air mata, setiap kali pertandingan, apabila melihat mereka saling sayang menyayangi...

sungguh... PPG-21 2009, memang sangat bekerjasama.. sangat kuat kerana semangat KERJASAMA...

sama dengan harimau malaya... mereka bekerjasama untuk berjaya... semangat sepasukan mereka cukup kuat... dan mereka punya ketua yang hebat, Dato' Raja yang mampu menyatukan mereka... saya kagum dengan Dato' Raja sebab mampu menjadikan semua ahli dalam pasukan ini sebagai satu keluarga... 

sebenarnya PPG-21, Harimau Malaya atau mana2 pasukan pun... setiap antara mereka sudah punya skill, sudah punya pengetahuan dalam bidang mereka... tetapi skill dan pengalaman tidak akan dapat disatukan sekiranya pasukan tersebut tidak bekerjasama... perlu bersatu dan bekerjasama sebab:

kerjasama akan melindungi kesalahan2 kecil yang dilakukan oleh ahli pasukan...

kerjasama akan menjadikan hati2 kita satu...

kerjasama akan menjadikan kita satu keluarga yang tidak berkira dengan hal2 kecil

kerjasama akan memudahkan kita menerima teguran daripada ahli dalam pasukan

kerjasama akan dapat membuatkan cabaran besar menjadi kecil dan ringan

tapi PPG-21 hari ini tak sama dengan PPG-21 dulu... entah, saya tidak pasti dimanakah silapnya... mungkin perlukan seseorang untuk menyatukan hati2 dalam PPG-21 seperti dulu... tapi yang pasti orang itu bukan lagi saya, sebab saya sudah tidak cukup kuat untuk itu... doa saya moga tahun 2013, PPG-21 akan kembali gemilang dan lebih berjaya daripada tahun 2009...

doa saya juga moga Harimau Malaya menang malam ini dengan semangat KERJASAMA antara mereka... doa saya juga moga Harimau Malaya akan terus BEKERJASAMA dalam SATU pasukan selamanya...

ini adalah pagi sewaktu kami nak ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah...


ini pulak sudah bersedia nak ke sana... dah siap complete beruniform...


setelah menang di SMK Hillcrest, kami ke peringkat unit beruniform pula di SMK Seri Kundang... lihat, betapa sweetnya situasi ini... sebelah kiri adalah Syameer, tingkatan 5 antara orang kuat dalam PPG-21 sedang membetulkan wogel Aiman Syahmi, waktu ni tingkatan 3...


setiap antara mereka saling membetulkan uniform masing2... sungguh, saya rindu saat ini... kerana KERJASAMA inilah kami menang di Seri Kundang, dan layak ke peringkat negeri...


ini pulak, di Penjara Kajang... kami bertempur untuk peringkat negeri... Ikhwan, Azroy (kalau tak salah saya) dan Syameer berkongsi sarapan pagi...


 kerana ukhwah ini, kami mendapat tempat kedua... walaupun tidak berjaya ke peringkat kebangsaan, tapi saya cukup bangga dengan mereka...

ini pula Zakaria Salam... komandan ketika itu... suara dia kuat, macam petir, hingga layak di anugerahkan sebagai komandan terbaik peringkat unit uniform... ada entri khas untuk dia, dua entri sebenarnya... dalam tahun 2009 tu saya tulis untuk dia... =)

P/S: ya Allah, kembalikanlah ukhwah ini ke dalam PPG-21... moga mereka lebih erat daripada sebelumnya... walaupun kebanyakan daripada kami telah meninggalkan PPG-21...

Ya Allah, berikanlah juga kemenangan kepada pasukan Malaysia malam ini, dan malam mereka layak ke Final nanti atas UKHWAH yang telah mereka satukan... 



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: