Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Rasa Rasa Yang Sukar Dilafazkan Oleh Lidah

Assalamualaikum... Alhamdulillah sudah sampai ke kampung semula semalam, walaupun sebenarnya hari ini saya ponteng mesyuarat... maafkan saya... bukan tidak mahu attend, cuma saya menyimpan semangat saya untuk tahun hadapan... hadir meeting banyak2, dengar itu ini, mengadap orang yang sama hari2 buat saya cepat bosan, jadi biarlah... urusan tahun depan, kita mulakan tahun hadapan... =)

sekarang, saya nak menghabiskan sisa2 cuti saya... =)

rabu minggu hadapan sudah mula kelas, sudah mula mengajar dan sudah mula tuisyen... ahhhhaaa... yep, 360 darjah akan berubah....saya sudah menyusun atur jadual saya dari waktu sekolah hinggalah ke selepas sekolah... wahhh setiap hari saya, selepas sekolah penuh dengan aktiviti...

31 Disember 2012...

setelah sekian lama berhenti, saya sambung disini lagi... bukan mudah untuk menulis entri ini... perlukan kekuatan jiwa dan kekuatan mental... termasuk juga kekuatan jari untuk mengetuk keypad ni... =)

seminggu sudah berlalu... banyak yang berubah... balik dari KL tempoh hari, tros pegi ke kedai perabot beli tilam untuk bapak dan beli almari baru... yeah, saya sangat teruja... selepas ini hati saya akan selalu ada di kampung walaupun mungkin akan menghadapi hari2 sukar... =)

banyak yang rancangan untuk tahun 2013, mohon Allah beri saya kekuatan dan kesihatan yang baik, untuk saya realisasikan segalanya... =)

banyak yang berlaku tahun 2012... insyaAllah semuanya akan terpahat dalam ingatan... teringat memori 23 Disember 2012... kisah yang cukup mengharukan...

kek yang kononnya di "kirim" untuk kawan itu rupanya adalah kejutan adeq untuk saya... TERIMA KASIH kalian (Rabitah dan Adiba), TERIMA KASIH adeq... setiap kali memikirkannya... air mata mesti menitis... terharu...

actually entri ini more untuk adeq... tapi tak tau la mesej asal yang nak disampaikan ni, sampai ke tidak saya juga tidak pasti... bukan tidak mahu meluahkan... tapi bak tajuk entri ini... rasa2 dan kata2 utk cukup sukar untuk dilafazkan...

teringat perbualan dalam kereta jumaat malam waktu kita nak ke Jakel... awak tanya saya:

"awak suka tak saya nak kawen?"

and saya tanya awak balik "kalau saya tak suka, awak tak nak kawen ke?"

awak diam... =) sebenarnya banyak benda dalam hati dan fikiran saya nak saya sampaikan waktu tu... cuma kalau itu semua keluar dari mulut saya... comfirm air mata saya sekali akan keluar... tak tau la kenapa... dulu saya cukup "keras" dalam menghadapi isu2 ni semua... tapi lately ni saya tak cukup "keras" nak berhadapan dengan semua ni...

mungkin lepas ni nak kena pi ber"guru" dengan Ngah Aa... =)

dalam hati saya tak pernah timbul rasa dengki atau cemburu sebab mungkin awak akan mendahului say adalam urusan2 jodoh ni semua... malah saya rasa gembira, sebab awak gembira... mana mungkin say anak benci dan tidak suka dengan kebahagiaan satu2nya adik yang saya ada... awak tau kan macam mana saya sayang awak masa kita kecik2 dulu...

macam tu juga sayang saya pada awak... tak dak beza sikit pun... cuma mungkin bila kita semua dah besaq2 kita dah tak tunjuk rasa kasih kita macam dulu2...

cuma kadang2 saya tertekan... tertekan dengan persekitaran yang tak boleh nak terima hakikat "melangkah bendul" tu... saya tak dak jawapan bila di asak dengan persoalan "adik sudah, kakak bila lagi?"

soalan itu yang buat saya mudah menangis... ye saya tau... saya kena SABAR... saya kena KUAT... tapi kalau awak sendiri duduk kat tempat saya... boleh ke awak BERSABAR dan KUAT...

sebab tu, saya nak awak tau awal... saya sayang awak... saya gembira kalau awak gembira... saya bahagia kalau awak gembira... walaupun wajah saya nanti tak semanis mana masa waktu awak gembira... sebab saya juga perlu jaga hati saya sama macam awak jaga hati awak... itu yang saya nak awak faham...

insyaAllah, dalam hati saya masih KUAT nak hadapi semua tu... hehehe... doakan saya terus kuat... saya doakan Allah mudah urusan awak... jangan risau... semua tu adalah perancangan Allah... untuk saya dan untuk awak... saya yakin iman awak lebih hebat dari saya... Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya... =)

satu je yang saya nak awak tau... SAYA SAYANG AWAK, walaupun apa pun yang terjadi... =)



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: