Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 19, 2012

~~Selamat Ulang Tahun Sayang~~



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Azniwati sayang... SELAMAT HARI LAHIR...

"ya Allah, moga inilah permulaan yang terbaik... mohon Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi jalan2 kehidupan pada masa hadapan... 

Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan dan ketabahan untuk hamba istiqamah berusaha menjadi hambaMu yang solehah... 

Ya Allah, hamba mohon diberikan kesedaran dan kesabaran untuk menjadi anak yang solehah pada mak dan bapak...

Ya Allah, berikanlah hamba kekuatan dan kesabaran untuk istiqamah, menjalankan amanah mendidik anak bangsa...

Ya Allah, berikanlah hamba jodoh yang baik, berikanlah suami yang boleh membimbing hamba dan membawa hamba ke syurga... hamba redha dan hamba yakin dengan janjiMu bahawa setiap manusia di lahirkan berpasang2an...

Ya Allah, hamba mohon padaMu, jadikanlah hamba manusia yang kuat menghadapi ujian, tabah menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa dengan rahmatMu dan tidak mudah mengalah sepanjang perjalanan hidup hamba...

Ya Allah, sesungguhnya hamba bersyukur dengan segala nikmat rezeki, agama dan kebahagiaan yang telah Kau berikan selama ini... ya Allah, berikanlah hamba keredhaan untuk setiap rezeki hamba, setiap helaan nafas hamba dan setiap langkah tindakan hamba...

amin ya rabbal 'alamin...

29 tahun... Azam 29 tahun dan azam tahun baru...

1. nak jadi muslimah, nak cuba untuk tidak tinggal solat dan nak cuba untuk tambah sedikit demi sedikit amalan sunat... 
2. nak jadi cikgu yang baik... saya nak amalkan teknik mendidik gaya nabi... saya nak kurang marah dan lebihkan senyum
3. nak jadi perkerja yang baik, tidak bertangguh kerja dan menjadi rakan sekerja yang menyenangkan
4. nak tambah ilmu dan skills (saya nak kuasai quilling technique dan nak belaja rmenjahit blouse sendiri)
5. saya nak ubah imej diri menjadi lebih baik... =)


readers, doakanlah saya... saya tidak menetapkan target mesti mencapai azam ini pada hijung tahun 2013, tapi insyaALLAH saya akan berusaha... perubahan memerlukan masa dan kita tidak boleh meletakkan target untuk manusia berubah... doakan saya yer...




"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: