Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 29, 2013

Bahagia...

hari ini birthday seorang sahabat lama... sahabat lama sejak dari sekolah menengah... sekarang sudah dewasa... hubungan persahabatan juga agak jauh... namun Alhamdulillah... masih mengikuti perkembangannya di FB...

melihat kehidupan dia... bandingkan dengan kehidupan saya... bagai langit dengan bumi... cukup jauh... 

kadang2 tertanya2... apakah beliau benar2 bahagia, perfect dan sempurna... tidak adakah cacat cela beliau?

entah la... hanya Allah yang tahu...

doa saya moga beliau berbahagia hingga ke syurga... moga sentiasa cantik... moga sentiasa bergembira... insyaAllah... =)

SELAMAT HARI LAHIR SHARIJA SHAHRUDDIN... =)

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Saturday, January 19, 2013

Amanah 2013

sewaktu melangkah masuk ke kantin, saya nampak PK Ko sedang makan, paling best dia makan seorang... ini kesempatan terbaik sebab kalau ada rakan2 guru yang lain saya segan... nanti akan diketawakan... =)

owh lupa... PK Ko saya seorang lelaki...

oke, sambung... saya menyapa dan duduk, dan bermula la perbualan kami...

"cikgu mazlan, saya nak tanya..."

"boleh... duduk "chek"" ntah dari mana cikgu2 lelaki ni memberi saya gelaran ini... 

"dalam takwim, ada tulis 8.2 ni camping orientasi pengakap, perlu kah saya buat?"

"sebenaqnya, saja aku spacekan tarikh tu untuk pengakap, kot2 chek nak buat camping... tapi kalau tak buat tarikh tu pun tak pa, cuma nanti bila nak buat tarikh lain, akan bertindan2 dengan program lain pulak"

"oke, oke saya faham... oke insyaAllah saya akan buat tarikh tu..."

"oke, aku nak ko buang apa yang kotoq2 tu, ko cuci bersih bersih, sental apa yang patut, buang apa yang tak elok..."

"aku tengok dulu Pengakap ada tempat dimata orang, kita pernah aktif... tapi la ni mcm hilang ja... tengok la, dari ada bilik, terus tercampak pi mana2 ntah... aku nak fight pun x mampu sebab pengakap sendiri x jaga bilik tu elok2... jadi aku nak ko bentuk balik Pengakap mengikut acuan ko sendiri..."

ayat itu begitu menusuk perasaan, especially bab basuh, sental dan ikut acuan sendiri... bertapa beratnya amanah tu...

"cikgu mazlan... saya nak tanya satu lagi..."

Encik Mazlan, diam dan mengangkat kening... saya kira itu menunjukkan bahawa dia berkata "tanya apa?" =)

"kenapa saya?" persoalan itu menjadi tanda tanya... ramai lagi orang yang berpotensi sebenarnya... tapi kenapa dia tetap berkeras mahukan saya...

"sebab orang lain dah cuba dan tak berjaya... sekarang giliran ko pulak"

aku terdiam... tapi akhirnya menyahut... "insyaAllah saya akan buat HABIS BAIK..."

sambil bangun dan pergi mengambil makanan... dalam fikiran banyak yang difikirkan, terutama tentang tanggungjawab besar ini... saya tidak boleh majukan seorang diri... saya perlukan kerjasama semua orang... itu yang penting...



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Thursday, January 17, 2013

Hari Ini...

Assalamualaikum...

baru isnin lepas saya meletakkan post mengenai Pak Lang yang terlantar koma di hospital... baru juga petang tadi berbual dengan mak... saya tanya kondisi Pak Lang pada mak... jawapan mak...

"kalau tengok dengan pandangan orang kampung mcm kami ni, nampak macam kelam ja nak sihat balik... bernafas pun dah pelan... kalau tak nampak juga dada dok naik turun, tapi ni dah x berapa naik dah"

dalam hati mendoakan yang terbaik buat beliau... tidak sanggup rasanya mendengar dan membayangkan beliau terlantar sakit begitu... dan tidak sanggup sebenarnya nak melihat ibu, isteri dan adik beradiknya bersedih...

dan akhirnya 9.30 malam tadi, Allah memanggil beliau untuk bersamaNya... beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir... dalam hati agak ralat, namun saya redha itulah yang terbaik buat beliau...

kalau di buka balik lipatan sejarah... saya dengan Pak Lang bukan la close sangat... mungkin sebab beza usia... dia sebaya kakak saya... kami panggil dia dengan panggilan Pak Lang Kechik... mungkin sebab waktu dia kecik2 dulu badannya saiz kecik... jadi lekatlah nama tue... =)

abang, kok ida dan Pak Lang rasanya agak close, sebab mereka lebih kurang sebaya... tapi saya ingat hubungan dia dan saya serta keluarga agak rapat apabila dia berkahwin pada akhir tahun 2011... sejak tu la, bila pegi rumah Tok Su Teh, kami akan berjumpa... kalau tidak memang susah nak jumpa...

tapi Allah sayangkan beliau... Allah pinjamkan beliau hanya seketika... dan kini, Dia inginkan beliau berada bersamaNya... kita harus redha... terima seadanya...

kini doa saya buat 3 insan yang amat saya sayangi... pertama buat Tok Su Teh... moga Allah berikan dia kekuatan... kini kedua2 anak lelakinya telah dijemput Ilahi mendahului dirinya... saya mendoakan Tok Su Teh kuat dan tabah... insyaAllah...

rupanya gurauan Pak Lang mengenai aereal tv tu benar... hanya kali itu sahaja dia mahu menolong Tok Su, selepas itu tiada lagi... 

kedua, buat Mak Lang... jodoh, ajal dan maut ketentuan Allah... hari ini saya selalu bertanya mengapa Allah tidak hadirkan suami untuk saya... tapi Mak Lang kehilangan suami saat dia amat memerlukannya... saya doakan juga kekuatan buat Mak Lang... Allah lebih sayangkan beliau melebihi kita menyayangi beliau...

ketiga... buat Zara Aisyah... anak kecil yang belum mengenal siapa ayahnya dan kini terpaksa berpisah dengan ayahnya... insyaAllah, Zara Aisyah akan menjadi anak solehah, penyejuk mata dan pendiding api neraka buat ibu dan ayahnya...

sesungguhnya, kita harus redha dengan kematian, dariNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali...

Semalam, kita melihat dia... tapi hari ini dia meninggalkan kita untuk selamanya... itu semua tidak mustahil... sebab kehidupan dan kematian hanya dipisahkan oleh satu garisan yang cukup halus yang kita sendiri tidak menyedarinya...

ini antara gambar lama kenangan Pak Lang (berbaju hitam di bawah sekali) bersama abang, kakak dan Tok Lang... hingga ke hari ini, tangga ini masih ada...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Monday, January 14, 2013

Doa Buat Mereka Yang Diuji Allah...

Assalamualaikum...

semoga readers semua sihat dibawah rahmat dan kasih sayang Allah... 

runtun hati mendengar berita yang saya terima sabtu lepas... sepupu ayah, Pak Lang tidak sedarkan diri di hospital... ya Allah, hebatnya ujianMu untuk dia sekeluarga... dalam hati mendoakan ia bukanlah sesuatu yang serius... hakikatnya berbeza dari harapan...

bermula dengan demam yang tidak kebah2... akhirnya membawa kepada musibah ini... sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segala apa yang telah Dia berikan... 

saya menyangkakan saya lah manusia yang hebat diuji... diuji dengan perjalanan hidup yang sukar... namun rupanya ada insan lain yang diuji dengan lebih hebat berbanding saya... diuji dengan kesakitan, kematian dan perpisahan... ya Allah, hambaMu memohon keampunan diatas segala sangkaan buruk hamba pada Mu selama ini... =)

doa saya moga Allah berikan keajaiban dan Pak Lang cepat sembuh... doa saya juga moga Mak Lang kuat dan tabah menghadapi ujian... kuat dan tabah demi Zara Aishah... 

saya juga mendoakan moga Tok Su Teh tabah dan kuat... sesungguhnya air mata saya jatuh bila memikirkan tentang Beliau... cuma ada dua anak lelaki... beberapa tahun lepas Beliau kuat dan tabah menghadapi kehilangan anak lelaki bongsunya... kini Beliau di uji lagi dengan satu2nya anak lelaki yang dia ada... terdahulu, Beliau diuji dengan pemergian anak bongsu perempuannya dan Tok Su Mid... sungguh, dia manusia yang cukup hebat... 

Saya juga mendoakan moga Allah pinjamkan secebis kekuatannya buat adik beradik Pak Lang... Ngah Aa, Long Dah dan Mak Chik Inda sekeluarga... sesungguhnya ujian akan lebih mendekatkan kita kepada Allah...

pelbagai peristiwa berlaku sejak akhir2 ini... saya mula muhasabah diri... saya berdoa moga Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapinya dengan berhikmah... saya berjanji dengan izin Allah, saya tidak akan mempersoalkan lagi "kenapa?" dan "mengapa?" saya... saya berjanji dengan izin Allah, saya tidak akan mempersoalkan lagi "kenapa?" dan "mengapa?" saya jadi begini... saya tidak akan bertanya lagi persoalan "kenapa?" dan "mengapa?" itu... 

saya mohon pada ALLAH, moga Allah beri saya kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini dengan kuat dan tabah... saya memohon pada Allah, moga Allah beri saya kekuatan menghadapi manusia2 yang sangat mengambil berat dan rajin bertanya dengan berhikmah... saya berjanji dengan izin Allah, saya tidak akan melukakan hati sesiapa lagi... biarlah hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya... moga Allah melindungi rasa sedih saya dari pandangan manusia...

seperti yang saya katakan dari awalnya... Allah menguji saya hanya sedikit... dengan ujian yang saya hadapi, saya masih mampu bekerja, saya masih mampu berjalan, saya masih mampu bergelak ketawa dan saya masih bernafas di bumi Allah ini... tidak berbanding ujian yang Pak Lang sekeluarga hadapi... mereka berhadapan dengan kesakitan, keperitan dan pertarungan antara kehidupan dan kematian... ya Allah, hinanya hambaMu ini dihadapanMu kerana sentiasa bersangka buruk denganMu... ampunilah hamba... dan berikanlah hamba keredhaan... 

ya Allah, berikanlah keajaiban dan kesudahan yang sempurna buat Pak Lang, dan berikanlah kekuatan buat Mak Lang, Tok Su Teh, Long Dah, Ngah Aa dan Mak Chik Inda untuk menghadapi ujian ini dengan redha... 


Tidaklah seorang muslim ditimpa suatu keletihan dan penyakit 
(yang terus menimpa), kebimbangan dan kesedihan, dan tidak juga
 gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan 
Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.

[Imam al-Bukhari]


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"