Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 19, 2013

Amanah 2013

sewaktu melangkah masuk ke kantin, saya nampak PK Ko sedang makan, paling best dia makan seorang... ini kesempatan terbaik sebab kalau ada rakan2 guru yang lain saya segan... nanti akan diketawakan... =)

owh lupa... PK Ko saya seorang lelaki...

oke, sambung... saya menyapa dan duduk, dan bermula la perbualan kami...

"cikgu mazlan, saya nak tanya..."

"boleh... duduk "chek"" ntah dari mana cikgu2 lelaki ni memberi saya gelaran ini... 

"dalam takwim, ada tulis 8.2 ni camping orientasi pengakap, perlu kah saya buat?"

"sebenaqnya, saja aku spacekan tarikh tu untuk pengakap, kot2 chek nak buat camping... tapi kalau tak buat tarikh tu pun tak pa, cuma nanti bila nak buat tarikh lain, akan bertindan2 dengan program lain pulak"

"oke, oke saya faham... oke insyaAllah saya akan buat tarikh tu..."

"oke, aku nak ko buang apa yang kotoq2 tu, ko cuci bersih bersih, sental apa yang patut, buang apa yang tak elok..."

"aku tengok dulu Pengakap ada tempat dimata orang, kita pernah aktif... tapi la ni mcm hilang ja... tengok la, dari ada bilik, terus tercampak pi mana2 ntah... aku nak fight pun x mampu sebab pengakap sendiri x jaga bilik tu elok2... jadi aku nak ko bentuk balik Pengakap mengikut acuan ko sendiri..."

ayat itu begitu menusuk perasaan, especially bab basuh, sental dan ikut acuan sendiri... bertapa beratnya amanah tu...

"cikgu mazlan... saya nak tanya satu lagi..."

Encik Mazlan, diam dan mengangkat kening... saya kira itu menunjukkan bahawa dia berkata "tanya apa?" =)

"kenapa saya?" persoalan itu menjadi tanda tanya... ramai lagi orang yang berpotensi sebenarnya... tapi kenapa dia tetap berkeras mahukan saya...

"sebab orang lain dah cuba dan tak berjaya... sekarang giliran ko pulak"

aku terdiam... tapi akhirnya menyahut... "insyaAllah saya akan buat HABIS BAIK..."

sambil bangun dan pergi mengambil makanan... dalam fikiran banyak yang difikirkan, terutama tentang tanggungjawab besar ini... saya tidak boleh majukan seorang diri... saya perlukan kerjasama semua orang... itu yang penting...



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: