Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 17, 2013

Hari Ini...

Assalamualaikum...

baru isnin lepas saya meletakkan post mengenai Pak Lang yang terlantar koma di hospital... baru juga petang tadi berbual dengan mak... saya tanya kondisi Pak Lang pada mak... jawapan mak...

"kalau tengok dengan pandangan orang kampung mcm kami ni, nampak macam kelam ja nak sihat balik... bernafas pun dah pelan... kalau tak nampak juga dada dok naik turun, tapi ni dah x berapa naik dah"

dalam hati mendoakan yang terbaik buat beliau... tidak sanggup rasanya mendengar dan membayangkan beliau terlantar sakit begitu... dan tidak sanggup sebenarnya nak melihat ibu, isteri dan adik beradiknya bersedih...

dan akhirnya 9.30 malam tadi, Allah memanggil beliau untuk bersamaNya... beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir... dalam hati agak ralat, namun saya redha itulah yang terbaik buat beliau...

kalau di buka balik lipatan sejarah... saya dengan Pak Lang bukan la close sangat... mungkin sebab beza usia... dia sebaya kakak saya... kami panggil dia dengan panggilan Pak Lang Kechik... mungkin sebab waktu dia kecik2 dulu badannya saiz kecik... jadi lekatlah nama tue... =)

abang, kok ida dan Pak Lang rasanya agak close, sebab mereka lebih kurang sebaya... tapi saya ingat hubungan dia dan saya serta keluarga agak rapat apabila dia berkahwin pada akhir tahun 2011... sejak tu la, bila pegi rumah Tok Su Teh, kami akan berjumpa... kalau tidak memang susah nak jumpa...

tapi Allah sayangkan beliau... Allah pinjamkan beliau hanya seketika... dan kini, Dia inginkan beliau berada bersamaNya... kita harus redha... terima seadanya...

kini doa saya buat 3 insan yang amat saya sayangi... pertama buat Tok Su Teh... moga Allah berikan dia kekuatan... kini kedua2 anak lelakinya telah dijemput Ilahi mendahului dirinya... saya mendoakan Tok Su Teh kuat dan tabah... insyaAllah...

rupanya gurauan Pak Lang mengenai aereal tv tu benar... hanya kali itu sahaja dia mahu menolong Tok Su, selepas itu tiada lagi... 

kedua, buat Mak Lang... jodoh, ajal dan maut ketentuan Allah... hari ini saya selalu bertanya mengapa Allah tidak hadirkan suami untuk saya... tapi Mak Lang kehilangan suami saat dia amat memerlukannya... saya doakan juga kekuatan buat Mak Lang... Allah lebih sayangkan beliau melebihi kita menyayangi beliau...

ketiga... buat Zara Aisyah... anak kecil yang belum mengenal siapa ayahnya dan kini terpaksa berpisah dengan ayahnya... insyaAllah, Zara Aisyah akan menjadi anak solehah, penyejuk mata dan pendiding api neraka buat ibu dan ayahnya...

sesungguhnya, kita harus redha dengan kematian, dariNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali...

Semalam, kita melihat dia... tapi hari ini dia meninggalkan kita untuk selamanya... itu semua tidak mustahil... sebab kehidupan dan kematian hanya dipisahkan oleh satu garisan yang cukup halus yang kita sendiri tidak menyedarinya...

ini antara gambar lama kenangan Pak Lang (berbaju hitam di bawah sekali) bersama abang, kakak dan Tok Lang... hingga ke hari ini, tangga ini masih ada...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

1 comment:

Anis Ahmad said...

Al Fatihah.

Kematian memang sangat dekat dengan kita. Tak kira tua atau muda. Semoga kita semua bersedia menghadapi ujian kematian.