Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 1, 2013

Kisah Petang Tadi...

Assalamualaikum...

lama rasanya tidak menjenguk disini... Almaklumlah 2013 adalah tahun yang paling sibuk... masa amat2 berharga... "Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk tidak jemu dengan apa yang telah saya usahakan ini"

benar, Allah itu maha kaya... Dia berikan kemudahan kepada hambaNya... Alhamdulillah, dalam kesimpitan yang menghimpit... Allah beri saya hati yang lapang... dalam keadaan masa yang mengejar, Allah kurniakan kepada saya rezeki yang melimpahruah... Alhamdulillah ya Allah... "Maka nikmatMu yang manakah yang ingin aku dustakan?"

hidup saya 2013 ini 360 darjah berbeza dari 2012... saya sibuk, sibuk dengan urusan2 dunia (moga saya tidak lupakan urusan akhirat, insyaAllah)... kerja2 yang ada di sekolah, kerja2 tambahan, semuanya bermula dengan niat kerana Allah...

saya juga sedang berusaha untuk menghidupkan dan menyebarkan sunnah rasulullah (sesungguhnya hal ini bukanlah bermakna saya hebat, saya hanya mahu berkongsi)... insyaAllah... sama2 kita hidupkannya...

dalam kesibukan 2013, urusan2 remeh dan hal2 hati dan perasaan sudah saya buang jauh2... perasaan berkecil hati, bersedih dengan dugaan Allah, sudah saya sangkut di dalam Almari kenangan... saya tidak mahu berkecil hati lagi... saya tidak mahu bersangka buruk dengan Allah lagi... saya hanya mahu berlapang dada... yakin yang Allah maha berkuasa menentukan semua yang dilangit dan dibumi...

oke... tajuk entri hari ini merujuk kepada kisah petang tadi... kitakan di bilik disiplin, sambil menyiapkan buku rekod... sahabat2 kesayangan saya menanti saya sambil berbual2... perbualan berkisar tentang perkhemahan sispa ke Pangkor... insyaAllah tak ada aral saya akan turut serta... 

perbualan tentang hal2 perkhemahan bertukar pula kisah tentang suami dan isteri... ini gara2 seorang sahabat kesayangan membuka cerita... (tidak ingin saya sebut nama2 mereka disini... biarlah hanya orang sepatutnya sahaja yang tahu)

ceritanya... mahu kepangkor... kami yang bukan ahli sispa tidak boleh meninggalkan sekolah seawal pagi jumaat kerana perlu hadir ke sekolah terlebih dahulu... oleh itu, kami perlu pergi sendiri... makanya sahabat saya ini berkata berkemungkinan suaminya tidak benarkan dia memandu ke lumut... makanya cerita ini berlarutan... seorang demi seorang manmbah hal2 dan kisah2 pasangan masing2..

dalam hati terdetik... pasti nanti saya akan terkena tempias nya...

akhirnya benarlah... sahabat kesayangan Allah dan saya ini berkata "hah ni... kena tolong adik kita yang sorang ni..."

dan perbualan2 ini berlanjutan... dan berlaku di luar kebiasaan... mereka seolah2 punya pilihan untuk saya... dan hampir semuanya seperti sebulan suara... 

apa yang harus saya nyatakan? adakah wajar saya mengatakan "ya, saya mahu..." sedangkan rakan2 guru lelaki juga ada disitu... 

ya... walaupun saya memang seorang yang gila2... bercakap kuat2... dan gelak kuat2... tapi hal2 melibatkan lelaki... maaf, saya malu...

perbualan hari ini sangat2 luar biasa... pipi terasa panas... mungkin sebab ada guru lelaki yang turut serta dalam perbualan ini...

bukan saya tidak mahu... saya cuma tidak boleh berfikir hal di pihak sebelah sana... rasa seperti kami ini langit dan bumi... rasa seperti dia sebaik2 malaikat dan saya pula bukan sebegitu... 

sepanjang hari saya memikirkannya... kadang2 kala saya tersenyum dan kadang2 saya menangis...

saya banyak dosa ya Allah... rasanya saya bukan yang terbaik untuk dia... 

tapi apa juga... saya serahkan segalanya kepadaMu ya Allah..  urusan ini bukan dalam genggaman hamba...


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: