Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 26, 2013

Setiap Kali Musim APC...

Setiap kali musim APC... saya mesti frust... entah la... jauh di lubuk hati saya sebenarnya... saya betul2 nak APC tue... walaupun orang baik2 cakap... "ala... APC bukan segalanya... asal kita bekerja dengan ikhlas, Allah nampak kebaikan kita... itu lebih baik... daripada mendapat puji-pujian daripada orang"

Bukan pujian daripada orang sebenarnya... tapi itu sebagai motivasi utk terus bekerja... saya mahu itu... bukan utk berbangga2 atau bermegah2... itu sekadar utk memuaskan hati...

tapi ye la... mungkin menurut pandangan mata "mereka" yang menilai itu... saya TIDAK layak untuk APC ni... tak apa lah... saya redha...

cuma satu sahaja... saya nak balik PERLIS... betul2 nak balik PERLIS... itu yang penting... APC dapat ke tidak saya tak kisah... yang penting saya nak balik PERLIS... tolong la bagi saya balik PERLIS...

itu je yang saya nak...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Thursday, June 20, 2013

Amanat Puan Pengetua

hari ini bertemu pengetua... mohon CRK... Cuti Rehat pertama untuk tahun ini...

berat sebenarnya nak mohon cuti ini... kerana saya tidak sanggup berpisah dan berjauhan dengan beliau...

tetapi... memikirkan bahawa yang ingin dibuat dengan cuti tersebut adalah untuk pulang bertemu ayah dan bonda (which is lebih penting daripada beliau), maka saya relakan sahaja...

bertemu pengetua kadang kala memberi saya semangat bekerja... pagi ini bercerita tentang jodoh... 

sukar untuk mencari bos seperti beliau... yang tidak kisah berkongsi cerita tentang hal2 peribadi yang menaikkan semangat...

puan pengetua bercerita bagaimana beliau bertemu jodoh dengan suami beliau... kadang2 sungguh mengharukan... 

saya masih ingat pesan beliau yang terakhir sewaktu melangkah keluar dari bilik beliau...

"azni, pesan saya cuma satu... "jangan berhenti berdoa"

insyaAllah Puan... saya tidak pernah berhenti berdoa... saya yakin jodoh untuk saya ada... cuma Allah lambatkan atas beberapa faktor...

terima kasih Puan... kerana menjadi majikan yang baik untuk saya... semoga Allah merahmati Puan... semoga hidup Puan dipermudahkan...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Tuesday, June 18, 2013

Relakan Jiwa

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

***untuk beliau***



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Monday, June 17, 2013

Majlis Yang Dipermudahkan

Alhamdulillah... Allah maha mendengar doa hamba2Nya... kami mendoakan moga Allah memudahkan perjalanan majlis kami pada hari ini... dan Alhamdulillah... Allah memakbulkan doa kami...

saat kami memohon moga hari ini tidak hujan, Allah mendengar dan memakbulkan permintaan kami...

kami memohon majlis ini berjalan lancar... dan Alhamdulillah majlis berjalan cukup lancar... berakhir acara di sekolah sekitar jam 9.30 pagi... dan kami bergerak ke Flora Cafe jam 10 pagi... dan perjalanan ke sana juga dipermudahkan... setiap lampu isyarat yang kami lalui bertukar hijau setibanya kami dekat dengannya... jalan juga lancar biarpun kami melalui jalan yang sepatutnya sesak...

dan bila tiba di tempat makan... kerisauan kami menjadi2... kami janji dengan pemilik restoren untuk berada di sana jam 11... tapi kami tiba awal... kerana Allah memudahkan segalanya...

tapi Alhamdulillah... kerana kecantikan dan kenyamanan tempat ini... kami tidak merasa perlu menunggu lama... dan syukur Alhamdulillah... untuk sekian kalinya Allah tidak jemu memakbulkan doa kami...

MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

sweet kan "kami"


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Sunday, June 16, 2013

Menghadapi Hari Isnin

Assalamualaikum wbt... menikmati pagi yang cukup cerah dan ceria... moga hati saya juga begitu hendaknya hingga ke akhirnya...

awal saya bangun pagi ini... jam 6.00 pagi sudah terjaga (biasanya saya bangun 6.30 pagi) hehehehe... terjaga dalam keadaan terkejut... bangun terus tengok jam... sangka saya hari ini adalah hari isnin... wahahaha...

terlalu excited mahu ke sekolah... haish

bila dah sedar yang hari ini baru hari ahad... ada niat di hati mahu menarik selimut semula... memang menarik semula selimut... namun mata tidak mahu terlelap... saya tahu otak saya masih mahu tidur... kerana kadang2 saya terlelap dan saya kadang2 saya terjaga... 

mulut saya berkata2 itu dan ini... seolah2 sedang membanyangkan acara yang akan saya hadapi pada hari isnin ni... owh... sungguh mendebarkan...

mungkin inilah penangannya kerana terlalu risaukan event pada hari isnin nanti... 

doa saya setiap waktu dan saat... moga Allah mudahkan perjalanan majlis ini dari mula hingga akhir dan moga Allah menutup aib kami...

hari isnin ini akan berlangsung majlis Persaraan Puan Juariah... saya dan Puan Aini menjadi tulang belakang... cukup merisaukan...

tapi saya masih positif lagi... insyaAllah kami akan cuba buat sebaik mungkin... mana mungkin amanah ini dibuat main2 dan sambil lewa... cuma yang merisaukan kami adalah kesungguhan kami itu belum cukup memuaskan hati orang lain...

tapi saya percaya... usaha dan tawakal (doa kepada Allah) adalah jalan penyelesaian yang terbaik... kami sudah usaha sebaik mungkin... sekarang waktu utk kami berdoa moga Allah memudahkan segalanya... insyaAllah...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Saturday, June 15, 2013

Kembali Normal

Saya akan terus mencintai Beliau sehingga Allah sendiri menarik rasa ini daripada hati saya… bukan dengan niat untuk memiliki beliau… tetapi cukup lah dengan melihat beliau bahagia, sihat dan gembira…

Mode: ALHAMDULILLAH... sudah mendapat kembali diri sendiri... mungkin saya sudah terbiasa dengan rutin "siput" selam dua minggu... jadi bila masuk sekolah terus sahaja sibuk, saya jadi lambat sedikit dan juga sedikit stress... maka... itulah jadinya seperti rasa "ingin mati"... 

Allah... rasa itu cukup melemahkan... jauhi hamba daripada merasai seperti itulah... hamba ingin meneruskan hidup dengan semangat yang kuat... hamba tidak mahu menjadi lemah dengan ujian... 

Allah... berikanlah keceriaan dan lindungilah hamba daripada kemurungan...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

Monday, June 10, 2013

Hari Pertama

hari pertama yang cukup hectic... susah betul nak tune minda murid daripada bercuti untuk fokus kepada pelajaran... semua seperti lost... huhu...
kalau ikutkan saya mahu sahaja saya berikan satu waktu itu untuk mereka bercakap pengalaman mereka tentang cuti... tapi ye la... selagi diberi masa... selagi itu tidak habis bercakap

terpaksa juga mengajar, cuma saya slow2 dan mengajar dengan sedikit santai... Alhamdulillah, dua kelas berjalan lancar...

hari ni ke sekolah dengan perasaan yang cukup berbeza... entah la... otak saya kosong, jiwa saya semak... dada berombak dan berdegup dengan pantas... debaran makin kuat bila makin dekat dengan sekolah... dalam hati tak henti2 berdoa "allahummayassir walatuassir"

tidak pasti dengan perasaan ini... berdebar hingga ke saat ini... doa saya moga Allah melindungi semua orang yang saya sayang... 

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"