Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 20, 2013

Amanat Puan Pengetua

hari ini bertemu pengetua... mohon CRK... Cuti Rehat pertama untuk tahun ini...

berat sebenarnya nak mohon cuti ini... kerana saya tidak sanggup berpisah dan berjauhan dengan beliau...

tetapi... memikirkan bahawa yang ingin dibuat dengan cuti tersebut adalah untuk pulang bertemu ayah dan bonda (which is lebih penting daripada beliau), maka saya relakan sahaja...

bertemu pengetua kadang kala memberi saya semangat bekerja... pagi ini bercerita tentang jodoh... 

sukar untuk mencari bos seperti beliau... yang tidak kisah berkongsi cerita tentang hal2 peribadi yang menaikkan semangat...

puan pengetua bercerita bagaimana beliau bertemu jodoh dengan suami beliau... kadang2 sungguh mengharukan... 

saya masih ingat pesan beliau yang terakhir sewaktu melangkah keluar dari bilik beliau...

"azni, pesan saya cuma satu... "jangan berhenti berdoa"

insyaAllah Puan... saya tidak pernah berhenti berdoa... saya yakin jodoh untuk saya ada... cuma Allah lambatkan atas beberapa faktor...

terima kasih Puan... kerana menjadi majikan yang baik untuk saya... semoga Allah merahmati Puan... semoga hidup Puan dipermudahkan...

"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: