Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 15, 2017

MENJADI KUAT UNTUK ORANG LAIN

Assalamualaikum… kabare? Waras ya? Hehehe… bila kita berada dalam situasi tertentu… kita harus mainkan peranan dengan baik… dalam hidup kita… kita bukan sekadar insan yang memegang satu peranan sahaja… tetapi watak kita berbeza – beza mengikut situasi… dan untuk menjayakan watak dan peranan tersebut… perlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi…

Ada orang yang perlu memainkan 5 hingga 6 watak dalam sehari… watak pekerja… ibu… isteri… anak… adik… dan sebagainya… mereka perlu kuat dan profasional… kalua tidak watak lain akan terbawa – bawa dalam watak lain…

Saya juga begitu… saya perlu memainkan banyak watak dalam sehari… guru… sahabat… anak… adik… dan watak watak itu memerlukan saya menguruskan emosi dan peranan saya dengan baik…

Saya akui… akhir – akhir ini ada peranan yang saya abaikan kerana mahu mengutamakan peranan yang lain… saya insaf… saya sedar… saya cuba…

InsyaAllah bermula semalam saya cuba memainkan semua peranan dengan baik…
Menjadi kuat untuk orang lain bukan mudah… tapi saya harus menjadi kuat… itu adalah antara peranan yang perlu saya lakukan…

Ahad lepas… genap sebulan Abang Long di hospital… air dalam badan Abang masih banyak… Abang juga perlukan bantuan mesin oksigen untuk bernafas… kerana kandungan oksigen dalam badan Abang sentiasa berkurang… mungkin sebab dalam badan Abang ada banyak air… Abang juga perlu dialysis untuk membuang air dari badannya 2 hari sekali… sekali dialysis… akan keluarkan 3 liter air… walaupun sudah sebulan di hospital… air dari badan Abang belum habis… beberapa minggu lepas Abang melalui MRI… doctor dapati dalam darah Abang ada kuman… kuman akibat pneumonia… seriously saya pun tak tau bila Abang kena pneumonia… tapi disebabkan kuman dalam darah tersebut… Abang dimasukkan antibiotic selama 2 minggu dan antibiotik tersebut akan berakhir hari khamis 13.07.2017…

Jumaat lepas Abang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar… sebab AVF yang dibuat ada problem… bila guna AVF untuk dialysis… tangan Abang akan bengkak dan bahu Abang akan sakit… tapi hari sabtu… doctor di HSB suruh Abang balik… sebab Abang masih dalam rawatan antibiotik… jadi mereka minta habiskan antibiotic dahulu…

Hari Raya Abang pun dihospital… tapi saya tau Abang kuat… dia sentiasa ceria depan kami… bila telefon… dia sentiasa ceria… mungkin disebabkan dia kuat semangat… Abang nampak sihat dan cergas…

Mak pula… sejak baik dari denggi tempoh hari… asyik tidur… makan pun tak lalu… saya susah hati… nak bercakap dengan Mak dalam sehari pun susah… sebab setiap kali balik sekolah Mak mesti akan tidur… sampai petang… bangun dari tidur… mak akan mandi dan solat… lepas tu dia akan tidur lagi… mungkin dia perlu masa untuk recover… sebab doctor kata orang tua yang kena denggi akan perlukan masa untuk sembuh…

Bapak pulak mcm biasa… dia pun mcm abang… sakit ke… x sihat ke… dia kuat semangat… dia sentiasa tunjuk dia kuat… walaupun sebenarnya bila berjalan saya boleh Nampak kakinya teraba2 merasa tanah… takut2 tanah tidak rata… takut2 ada tangga… bila nak pimpin tangan… dia tak mahu… hehe lelaki memang begitu agaknya… bapak selalu teringatkan abang… kadang2 dia berani drive sendiri ke hospital dalam keadaan mata yang kabur… saya risau… tapi apakan daya saya masih disekolah… tapi bila terlalu panas dan hujan… memang saya tak benarkan dia drive kereta…

Bapak memang macam ni sejak dari dulu… dia tak kisah duit kurang… asalkan anak2 dia cukup makan… masih ingat masa di UMS… saya takut nak call bgtau duit makan dah habis… waktu tu permohonan biasiswa belum diluluskan… duit yang bapak bagi saya gunakan untuk beli buku… 

Bapak asyik call… tapi saya tak berani angkat… last2 saya angkat juga sebab tak mahu mereka risau… akhirnya terbocor cerita saya Cuma makan mee segera dah dua minggu… terus esoknya bapak masukkan duit… Balik cuti 3 bulan… bapak terus cakap… biar kami susah… asalkan anak-anak cukup makan… kalau tak cukup makan… macam mana nak belajar… Allahukbar… menitis air mata… huhuhu…

Saya harus kuat untuk mereka… walaupun penat di sekolah… saya tak patut tunjukkan dirumah… saya harus kuat… saya tau mak asyik tidur sebab risaukan abang… sejak abang sakit… semangat mak dan bapak pun lemah… mungkin sebab abang anak lelaki seorang… saya akui… kadang2 bila bawak mak dan bapak melawat abang… air mata mereka keluar… kadang2 bila dalam kereta dalam perjalanan pulang… mereka mengeluh… mengenangkan nasib abang…

Sebab tu saya mesti KUAT… kuat untuk hadapi cabaran di sekolah… kuat untuk hadapi dugaan dirumah… insyaAllah… saya yakin Allah meletakkan saya ditempat yang betul… saya pasti sebenarnya mampu menghadapi dugaan ini… saya sebenarnya mampu dan KUAT dalam menghadapi dugaan hidup…

Mungkin dalam hidup saya… dipenuhi dengan kehidupan untuk orang lain… tapi setakat saat ini saya tak pernah rasa penat… putus asa… sedih atau apa2 perasaan menyesal… saya bahagia dengan hidup saya… saya bahagia dan gembirakan mak dan bapak… dapat berbakti untuk abang… dan memberi dorongan dan  semangat kepada anak2 murid… dapat berada bersama2 kawan2 saat mereka memerlukan… saya bahagia buat semua tu…

Dah lama saya hidup untuk diri sendiri… dah almost 17 tahun… sejak saya keluar rumah ke MRSM sampailah 2013… saya sudah sepatutnya sudah merasa puas hidup untuk diri sendiri… dan ini masanya untuk saya hidup demi org lain…

Cuma… saya berharap diberi kekuatan supaya saya kuat dan tabah… sebab kadang2 MENJADI KUAT UNTUK ORANG LAIN ini memerlukan kekuatan emosi dan kekuatan mental…
InsyaAllah… kalau kakak ipar saya setuju… saya akan bergilir2 dengan beliau menemani Abang di hospital… risau juga pada kakak ipar saya… dah sebulan beliau menemani abang… dan siangnya perlu bekerja… saya tau dia juga HARUS KUAT… jadi insyaAllah saya akan cuba membantu… pengalaman menemani mak di hospital tempoh hari memberi saya keyakinan saya mampu buat… insyaAllah doakan saya…

Saya juga harus kuat untuk anak2 5IS… mereka akan trial lagi sebulan… banyak yang harus saya korbankan demi mereka… saya doakan mereka berjaya… insyaAllah…

Saya juga haru kuat untuk Mak dan Bapak… walaupun sebenarnya saya bukanlah sumber kekuatan mereka… tetapi saya tetap mesti kuat untuk mereka… setidak2nya mereka tidak
perlu risaukan saya…

Menjadi KUAT UNTUK ORANG LAIN bukan bererti diri disusahkan… izinkan saya mengutip sebanyak mana pahala yang ada… izinkan saya… sebab kalau nak hitung dosa2 silam saya… sangat la banyak…

Whoever read this article… saya mohon… doakan Abang Azizi Ahmad saya sihat… tidak perlukan bantuan oksigen lagi… supaya dia dapat balik ke rumah… doakan juga saya KUAT untuk orang2 disekeliling saya… dan sebagai balasan… saya doakan tiada sesiapa pun dalam dunia ini akan diuji dengan ujian yang hebat dan besar… insyaAllah



"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: