Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 2, 2017

Syawal Bin Jamin

Assalamualaikum… dah lama blog ni bersawang… dah lama saya tak update… bukan tak mahu update… banyak sebenarnya yang saya nak tulis… tapi masa tak mengizinkan… insyaAllah saya cuba untuk update selepas ini… Hari ini… saya nak bawa kisah tentang seseorang… seseorang yang pada saya sangat hebat dan mampu menjadi orang yang lebih hebat…

Di sekolah tempat saya mengajar ada hampir 600 pelajar… tetapi pelajar ini mendapat perhatian saya… saya perhatikan beliau sejak dari beliau tingkatan 3… waktu tu saya Cuma mengajar beliau kelas tambahan sains sahaja… dalam hati sejak pertama kali melihat pelajar ini… hati terdetik… ‘dia ada wow factor”… ya… dia ada sesuatu yang pelajar lain tidak ada… actually its not just dia… tapi masih ada a few pelajar lain yang saya pandang begitu… tapi ya mereka yang ada ‘wow factor” ni tidak ramai…

Waktu tu beliau merupakan pelajar biasa… berada dalam kelas yang terbaik… dan result PT3 beliau juga hebat… saya Nampak potensi pelajar ini… Cuma waktu itu saya bukan siapa2… 2014… 2015… saya masih membina diri saya sendiri… kedudukan saya di Sekolah ini…

2016… pelajar ini ditakdirkan berada dalam aliran sains tulen… dan saya mengajar beliau mata pelajaran kimia… its just the beginning…

Permulaan mengenali pelajar ini dengan lebih dekat adalah pada 2017… bila pelajar ini terima tawaran saya untuk menjadi pengawas… saya Nampak potensi beliau… saya yakin beliau mampu menjadi pemimpin yang baik… Cuma… sayangnya beliau menjadi pengawas sewaktu ditingkatan 5… saya tidak sempat menggilap potensi beliau secara total… saya tak sempat untuk menyerlahkan potensi beliau…

Tanggapan kasar sewaktu mula mengajar beliau di tingkatan 4… beliau adalah seorang yang nerd… hahaha… ulat buku… jurus orangnya… baik… polos… tak “tercemar”

Tapi… kenyataannya berbeza… apabila kami mula bekerjasama dalam projek hari guru… saya mula mengenali beliau lebih lagi… ada sesuatu yang telah berlaku menyebabkan beliau dan saya selalu berhubung melalui whatsapp… banyak yang diceritakan… dan dari situ… tanggapan kasar awal saya menyimpang jauh dari sebenarnya…

Rupanya beliau seorang yang sangat ‘wow” hahaha… biarlah saya sahaja mengetahuinya… tapi yang pasti… anak ini punya jati diri yang hebat… beliau seorang yang amat sensitive… mudah terasa… mudah tersentuh… hati beliau fragile… tapi dalam masa yang sama… beliau tetap pendirian… asas agama yang didik oleh keluarga dan guru – guru beliau terdahulu melekat dalam diri… itulah kebanggaan saya kepada beliau… yang saya harapkan sentiasa menjadi benteng diri kepada beliau setiap kali beliau menghadapi dugaan dan cabaran.

Sewaktu pertama kali kami keluar berlima... saya mula mengenali mereka berempat dengan lebih baik... termasuklah beliau... rupanya kami banyak persamaan... dia anak ketiga dari 4 adik beradik... saya juga anak ketiga dari empat adik beradik... nyatanya dia mempunyai abang sulung... kakak kedua dan adik perempuan... sama juga seperti saya... patutlah kami degil... patutlah dari dia tingkatan 4 saya melihat refleksi diri saya dalam diri beliau... cuma waktu itu... saya belum temui jawapannya... dan bila bersoal jawab... barulah saya tau... itulah sebabnya... cuma gender kami berbeza... jadi ada pro dan cons nya...

Cuma itulah… beliau perlu pengalaman – pengalaman yang banyak untuk mematangkan beliau… beliau perlu kental dan kuat mental untuk hadapi semua dugaan hidup…

InsyaAllah… nanti seiring dengan pertambahan usia dan pengalaman hidup… dia akan matang…

Beliau mengingatkan saya pada Nazrul Farid… anak ini sama dengan NF… tiada perasaan yang berselindung antara saya dan dia… or mungkin ada la… tak semua yang beliau tonjolkan… tapi saya melihat saya sebagai orang yang sangat beliau percayai… dan saya cuba sedaya upaya untuk menyimpan semua rahsia dan apa yang beliau ceritakan… itulah antaranya yang pelajari dari beliau…

Beliau mengajar saya untuk menjadi guru yang baik… guru yang bersikap prihatin kepada pelajarnya dan yang penting guru yang sentiasa tersenyum dalam kelas Kimia… saya yakin… kalau Tanya pelajar2 kimia t5… mereka pasti akan menjawab benda yang sama… “Cikgu Azni banyak senyum tahun ni brbanding tahun lepas” hehehe

Saya cuba buat yang sedaya saya… saya mahu dia menjadi serba boleh… saya cuba untuk buat beliau bercakap di atas pentas… Alhamdulillah beliau sahut cabaran saya… dan apa yang saya suka tentang beliau adalah… bila setiap kali beliau berdoa… doanya pasti menusuk qalbu…

Saya masih ingat sewaktu majlis pelancaran program Ihya’ Ramadan 2017… saya karangkan doa untuk beliau… saya hantar malam sebelum program untuk beliau practice…

Malam tu… saya Tanya beliau… ‘kenal Bilal Bin Rabah? Dan apakah keistimewaan Bilal?”
Beliau menjawab ‘Tukang azan…” kata beliau lagi… “walaupun suara Bilal kasar tapi dengan KEIKHLASAN… malaikat pun dapat mendengar laungan azan Bilal”

Beliau dah faham apa yang saya cuba sampaikan… tanpa perlu saya Tanya soalan selanjutnya… dari jawapan beliau… saya respons “bila kita berdoa dengan ikhlas… insyaAllah akan sampai doa kita kepada Allah”

Ya… esoknya bacaan doa beliau menusuk jiwa… orang lain saya tidak pasti… tapi untuk saya… ya… beliau sudah membaca dengan ikhlas…

Saya melihat perubahan beliau yang satu ini… dari seorang yang kekok memegang mikrofon kepada seorang yang berani… saya tak mampu dan tak sempat untuk ubah beliau menjadi org yang lebih baik… tapi insyaAllah dengan perubahan yang sedikit ini… saya yakin beliau mampu majukan diri dan menjadi orang hebat.

Tapi anak ini ada sejarah cinta yang hebat… sama mcm kisah saya dengan encik S… hurm entah la… saya dilemma… antara kemahuan saya dan peranan saya…

Kemahuan saya… saya mahu dia bahagia… saya mahu perempuan tu terima dia… saya tak mahu dia seperti saya… tapi peranan saya sebagai guru sepertinya tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian…

Tapi insyaAllah ada sesuatu yang saya cuba usahakan… dan saya berharap sangat usaha saya berhasil… saya berharap Allah bersama saya untuk usaha ini…

Saya cuba yakinkan beliau… untuk belajar… berjaya dan jadi orang yang hebat terlebih dahulu… barulah kejar cinta beliau…

Pesan saya… berdasarkan pengalaman… hati ini milik Allah… boleh berbolak balik… mungkin harini kita sayang orang itu… terlalu sayang dan rindu… tapi mungkin nanti Allah ubah perasaan itu kepada benci… atau mungkin kita berubah hati kepada orang lain…

Azam saya… naik cuti nanti… saya akan cuba bantu beliau untuk dapatkan keputusan yang baik dalam chemist… insyaALLAH… saya akan cuba… saya pun bukanlah guru yang hebat… tapi saya cuba… cuba untuk bantu sedaya mungkin…

Azam saya jugak… saya mahu menjadi orang yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau… jangan ditanya mengapa… tapi beliau sangkut di hati saya… saya terpanggil untuk membantu… saya terpanggil untuk menjadi guru yang baik untuk beliau… mungkin akan ada yang mengatakan saya pilih kasih… tapi jauh disudut hati saya… saya melayan semua pelajar saya serupa… Cuma mungkin kerana beliau banyak berkongsi dengan saya… kami jadi rapat… dan itu yang membuatkan beliau dekat dengan hati saya…

Buat beliau yang bernama Syawal Bin Jamin… saya doakan semoga awak berjaya dunia dan akhirat… diberkati Allah… mendapat kuputusan yang baik dalam SPM… dapat menyambung pelajaran ke university dengan course yang baik… saya doakan juga awak graduate dengan keputusan yang cemerlang… mendapat pekerjaan yang baik… dan dapat berbakti kepada mak dan ayah… dan insyaAllah dikurniakan keluarga yang bahagia…

Mungkin awak tak akan jumpa blog ini… mungkin juga akan jumpa… mungkin awak akan jumpa blog ni saat awak dah berjaya… atau mungkin saat saya dah tak ada didunia ini… tapi jauh disudut hati sebenarnya saya berharap awak tak jumpa pun apa yang saya tulis ni… cukuplah kisah awak menjadi simpanan saya dan mungkin menjadi panduan kepada orang lain… saya berharap juga satu hari nanti saya boleh update kembali kisah awak ini dengan kejayaan – kejayaan awak dalam hidup. InsyaAllah…

Doa saya sentiasa bersama dengan anak2 murid saya terutamanya awak, Syawal… insyaAllah… semoga semua impian – impian awak menjadi kenyataan… saya melihat awak… mampu menjadi orang yang hebat… orang yang berjaya… insyaAllah…


Tak ada apa yang saya mahukan… saya Cuma mahu awak berjaya… kuat semangat… tabah… mampu mengharungi semua dugaan hidup… sentiasa tersenyum… dan berjaya dunia dan akhirat… insyaAllah… saya akan sentiasa di sini... tak akan kemana - mana dan akan sentiasa mendoakan anak - anak murid saya berjaya... insyaAllah...

Harapan saya kepada Syawal sangat tinggi... saya mahu melihat dia berjaya... berjaya dalam istilah yang betul2 berjaya... saya yakin Syawal mampu hadapinya... saya yakin kalau dia usaha... dia pasti berjaya... saya membayangkan mungkin suatu hari nanti saya akan membaca kisah atau dirinya di dalam mana2 media sosial atau surat khabar... saya yakin dia mampu menjadi org penting dalam dunia ini...

saya yakin juga bila dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi... dia akan menjadi orang yang lebih baik... saya membayangkan dia menjadi orang yang hebat... dengan skill percakapan yang baik... matang dan mampu membuat pertimbangan yang baik... dan saya berharap dia berjaya dunia dan akhirat... insyaAllah.


inilah mereka empat yang terhebat... dari kiri Zairul (My KP), Farhana (My PKP2), Alia (My SU) dan Syawal (My PKP1)

saya doakan juga semua ukhwah dan persahabatan mereka berkekalan sehingga syurga... walaupun dah keluar dari Sekolah ini... masing - masing dengan haluan masing... harapan saya semoga mereka masih ada ruang untuk berkumpul... bercerita dan berkongsi pengalaman masing - masing... insyaAllah...

its just a simple wish... tapi entah la... mungkin berat untuk dilaksanakan... saya doakan semoga Allah melindungi persahabatan mereka... insyaAllah...


"Dengan Mengingati Allah, InsyaAllah Hati Akan Menjadi Tenang"

No comments: