Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 9, 2017

Semoga Dia Sentiasa Kuat

Assalamualaikum... yes... dalam hidup kita tak akan selalu positif... ada kalanya kita ragu2 dengan tindakan kita...

kadang2 kita yakin... kadang2 kita rasa usaha kita belum mencukupi... dan saat itu... semua keyakinan dan semua usaha kita kita rasakan tidak cukup... kita takut nak menghadapi kegagalan...

yes... saya mahu dia menjadi manusia ideal... manusia yg sentiasa positif... tapi hati kecil mengetuk akal saya... dia juga manusia biasa... yang kadang kala "termakan" dengan bisikan syaitan dan nafsu...

sebab tu Allah rapatkan dia dengan saya... supaya saya mengambil pelajaran dari kisah hidup dia... dan mungkin supaya saya boleh memberi sokongan dan semangat...

tak ada apa yg cikgu cabuk ni harapkan dari anak2 muridnya... kecuali melihat mereka berjaya... sama juga dengan dia... saya sangat2 mengharapkan dia berjaya... berjaya dalam istilah mampu mempunyai pekerjaan yang baik dan kehidupan yang bahagia... itulah istilah berjaya untuk saya... dan kalau dia mempunyai pekerjaan yang hebat... keluarga yang bahagia... dia dikenali ramai dengan ilmunya... itu adalah bonus  untuk dia...

Syawal... cikgu doakan semoga Allah melindungi awak dari kejahatan manusia... syaitan dan keturunannya... cikgu doakan semoga awak berjaya dunia dan akhirat... insyaAllah usaha tangga kejayaan... saya melihat usaha awak... saya tahu sekuat mana usaha awak utk berjaya... saya tahu... dan Allah juga tahu... insyaAllah... Dia akan memberi ganjaran yang sesuai dengan usaha awak... dan kalau Dia tidak memberi ganjaran yang sesuai... mungkin Dia menangguhkan ganjaran itu untuk memberi awak ganjaran yg lebih baik pada masa hadapan... insyaAllah...

No comments: